Thursday, 30 May 2013

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi ni saya buat kek coklat buttermilk... di mana resepinya saya rujuk di sini. Kek coklat ini menggunakan buttermilk menjadikan adunannya sedikit cair... tetapi apabila sudah masak, memang sangat lembut teksturnya. Saya memang menggunakan resepi ini apabila ingin membuat kek coklat. Bagi sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah mencubanya. Cara nak buat kek ini juga mudah, tidak perlu menggunakan mixer... hanya gaul sebati menggunakan whisk. Terima kasih kepada tuan punya resepi, izinkan saya untuk berkongsi resepi kek coklat ini di sini pula.





Bahan-bahan :

- 2 cawan tepung
- 2 cawan gula
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 st baking soda
- 1 st baking powder
- 2 biji telur
- 1 st garam
- 1 cawan buttermilk
- 1 cawan minyak masak
- 1 1/2 st esen vanilla
- 1 cawan air panas + 3 sudu nescafe ( saya letak 1 sudu saja)

Cara Buat :

1. Panaskan oven pada suhu 150'c.
2. Sapukan loyang dengan sedikit butter supaya kek senang dikeluarkan nanti.
3. Satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, dan garam dalam satu mangkuk.
4. Ayak bahan-bahan tadi.
5. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk tadi.
6. Gaul adunan menggunakan whisk sehingga adunan benar-benar sebati.
7. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven selama 1 jam.
8. Sejukkan dahulu, baru dipotong.


2 comments:

Siti Haslinda Sadiken said...

lama dah x buat kek..hehehe

Yus Mohamed said...

lin: boleh try buat sendiri... memang senang nak buat dan sedap giler...