Wednesday, 20 February 2013

Carrot Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama saya tak update blog ni... sebab ikut en suami ke utara atas urusan kerja. Baru ni dapat update blog yang dah lama bersarang ni. Alhamdulillah, mood memasak dah kembali... Untuk hari ini, saya buat carrot cake sebagai pemanis mulut di waktu petang nanti. Tiba-tiba je, tekak ni rasa nak makan kek pula :).

Resepi carrot cake ni saya rujuk di sini. Hasilnya sangat memuaskan... sangat sedap dan moist. Pertama kali rasanya saya buat carrot cake ni menjadi... Terima kasih pada tuan punya resepi yang sudi berkongsi resepi carrot cake ni. Saya minta izin untuk tulis resepi carrot cake ni di sini pula ye (saya ubah sedikit daripada resepi yang asal).





Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur             
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis       
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • Boleh letak kacang walnut kalau suka (saya tak letak)


Cara  Buat:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sapukan sedikit minyak pada loyang kek.
  2. Campurkan tepung, serbuk kayu manis, dan garam. Ayak kesemuanya.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati. 
  4. Kemudian, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
  6. Masukkan vanilla dan parutan carrot, kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek.
  8. Bakar lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.


4 comments:

Anonymous said...

Akak, untuk cream cheese frosting?

Anonymous said...

Terima kasih,Yus! First time buat last week, anak I kata "the best cake ever!", dan dia ni mmg dah makan macam2 kek. cream cheese tak der, so I buat lemon drizzle je: lemon juice, zest and icing sugar. YUMMY! * Ni tgh bakar sebijik lagi...hehe.

Yus Mohamed said...

Guna Cream Cheese... campurkan dengan whipping cream, pukul sampai kental... sapu atas kek.

Yus Mohamed said...

memang sedap kan... sekejap je dah licin. Tak jemu makan... sedap jugak kalau sapukan blueberry atas kek tu.