Tuesday, 22 January 2013

Siakap Masak Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya buat siakap masak asam pedas ala Melaka untuk makan malam kami. Resepi untuk asam pedas Melaka ni telah diajar oleh seorang kawan semasa saya menetap di London dulu. Alhamdulillah sampai sekarang... memang menu asam pedas ni menjadi kegemaran kami sekeluarga. Memang sedap kalau makan dengan nasi panas2, pastu cicah pula dengan kicap yang diletak perahan limau kasturi. Anda pun boleh cuba sendiri.... saya kongsikan resepi Siakap Masak Asam Pedas Melaka ini di sini ya.



Bahan-bahan:

- Beberapa ketul ikan siakap
- 1 biji bawang besar **
- 5 biji bawang merah kecil **
- 3 ulas bawang putih **
- 5 cm halia **
- 5 tangkai cili kering (potong kecil2 dan direbus dulu) **
- 1 sudu kecil halba
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk kari ikan
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- 1 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- 4 helai daun limau purut
- 4 batang bendi

Cara Buat:

1. Kisar halus semua bahan yang bertanda **.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan semua bahan yang dikisar bersama halba, serbuk jintan manis, dan kari.
4. Tumis bahan-bahan tadi sampai garing atau naik minyak.
5. Masukkan air asam jawa,air, garam secukup rasa, dan bendi.
6. Masak sampai kuah mendidih.
7. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan ikan.
8. Biarkan seketika sehingga ikan masak. (Jangan terlalu lama untuk elak ikan hancur).
9. Padamkan api. Sedia dihidangkan.


No comments: