Wednesday, 20 February 2013

Carrot Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama saya tak update blog ni... sebab ikut en suami ke utara atas urusan kerja. Baru ni dapat update blog yang dah lama bersarang ni. Alhamdulillah, mood memasak dah kembali... Untuk hari ini, saya buat carrot cake sebagai pemanis mulut di waktu petang nanti. Tiba-tiba je, tekak ni rasa nak makan kek pula :).

Resepi carrot cake ni saya rujuk di sini. Hasilnya sangat memuaskan... sangat sedap dan moist. Pertama kali rasanya saya buat carrot cake ni menjadi... Terima kasih pada tuan punya resepi yang sudi berkongsi resepi carrot cake ni. Saya minta izin untuk tulis resepi carrot cake ni di sini pula ye (saya ubah sedikit daripada resepi yang asal).





Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur             
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis       
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • Boleh letak kacang walnut kalau suka (saya tak letak)


Cara  Buat:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sapukan sedikit minyak pada loyang kek.
  2. Campurkan tepung, serbuk kayu manis, dan garam. Ayak kesemuanya.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati. 
  4. Kemudian, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
  6. Masukkan vanilla dan parutan carrot, kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek.
  8. Bakar lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.


Sunday, 3 February 2013

Udang Bersos Masam Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Udang bersos masam manis ni saya masak untuk makan malam tadi. Disebabkan penat siang tadi tak hilang lagi, saya hanya masak yang simple je... senang dimasak dan cepat dihidangkan. Saya kongsikan resepi udang bersos masam manis ni di sini ye.




Bahan-bahan:

- 1 mangkuk udang bersize sederhana
- 1 biji bawang besar **
- 3 biji bawang merah kecil **
- 3 ulas bawang putih **
- 3cm halia **
- Sos tomato, sos cili, dan sos tiram secukupnya
- Sedikit gula
- 1 mangkuk kecil air


Cara Buat:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda **.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik minyak.
  3. Masukkan 3 sudu sos tomato, 2 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, dan sedikit gula.
  4. Jika sudah cukup rasa, boleh masukkan sedikit air dan biar hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan udang dan biarkan seketika.
  6. Padamkan api. Sedia dihidangkan.

Saturday, 2 February 2013

Tomyam Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tomyam putih ni saya buat semalam... memang dah lama nak buat, selama ni buat tomyam guna paste segera je. Bila buat sendiri tomyam ni, rupanya lagi sedap dan juga menyihatkan. Saya rujuk resepi tomyam putih ni di blog ini, izinkan saya share resepi ni di sini pula ye.





Bahan A:
  • 1 mangkuk ayam (dipotong kecil)
  • 8 ekor udang
  • 5 fish ball
  • 1 fish cake

Bahan B (ditumbuk kasar)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 cm halia

Bahan Lain:
  • Sayur : tomato, lobak merah, bunga kobis, dan jagung muda
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 tangkai cili padi (diketuk)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 1 kiub pati ayam (tak letak pun takpe)
  • Perahan 1 biji limau nipis
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 4 helai daun limau purut


Cara Buat:
  1. Tumbuk kasar semua bahan B.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk tadi dan serai hingga garing.
  3. Masukkan  air, garam, kiub ayam, perahan limau nipis, cili padi dan bawang besar.
  4. Bila dah cukup semua rasa, masukkan bahan-bahan sayur dan semua bahan A.
  5. Biarkan hingga mendidih.
  6. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, daun limau purut, dan tomato. Biarkan seketika.
  7. Tutup api. Sedia dihidangkan.

Friday, 1 February 2013

Asam Pedas Ikan Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Asam pedas ikan merah ni saya masak semalam. Dah alang2 beli ikan merah, teringin pula nak masak asam pedas. Pagi2 lagi dah siap masak, terus buat untuk makan malam. Resepi dan cara buatnya sama seperti asam pedas yang pernah saya buat sebelum ni. Saya kongsikan lagi resepinya di sini ye.



Bahan-bahan:

- 1 ekor ikan merah sederhana besar (bersihkan dulu)
- 1 biji bawang besar **
- 5 biji bawang merah kecil **
- 3 ulas bawang putih **
- 5cm halia **
- 2 cm lengkuas **
- 5 tangkai lada kering (potong kecil dan direbus dulu) **
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
- 3 tangkai daun kesum.


Cara Buat:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda **.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan air, air asam jawa, dan garam secukupnya.
  4. Biarkan seketika hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan merah dan daun kesum.
  6. Apabila ikan sudah masak, tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

Wednesday, 30 January 2013

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kek coklat kukus ni saya buat pagi semalam untuk dibawa ke Batu Pahat. Kebetulan en suami ada meeting di uthm... tu yg singgah kejap kat rumah family. Sambil en suami meeting, saya dan naim duduk di rumah family...

Kek coklat kukus ni sebenarnya first time saya buat jadi... memang moist sangat ditambah pula dengan limpahan coklat ganache.... rasa macam makan aiskrim pula bila makan sejuk2. Resepi kek kukus coklat ni saya rujuk di blog ini, saya minta izin ye untuk kongsikan di sini pula.




Bahan-bahan:

- 2 cawan tepung **
- 1 cawan serbuk koko **
- 1 sudu teh baking powder **
- 1 sudu teh soda bikarbonat **
- 2 biji telur gred A
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak mazola
- 1 cawan air panas


Cara Buat:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Campurkan semua bahan yang bertanda ** dan ayak bahan tersebut.
  3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur, minyak, susu, dan gula hingga sebati. (tak payah guna mixer).
  4. Masukkan bahan2 yang diayak tadi, kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau sebati.
  6. Masukkan adunan dalam bekas dan kukus selama 1 jam.
  7. Setelah masak, sejukkan dulu kek.
  8. Kemudian, letakkan coklat ganache ke atas kek dan hias.

Friday, 25 January 2013

Sambal Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya masak lauk simple je untuk makan malam kami... iaitu udang masak sambal di samping sayur dan telur dadar. Sambal udang ni memang kegemaran suami... (sebab en suami memang pantang nampak udang dan sotong). Saya kongsikan resepi sambal udang ni di bawah ye.




Bahan-bahan:

- 1 mangkuk udang sederhana besar
- 1 biji bawang besar **
- 5 biji bawang merah kecil **
- 3 ulas bawang putih **
- 2 cm halia **
- 5 tangkai lada kering (potong kecil dan rebus dulu) **
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- Gula dan garam secukupnya
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat)


Cara Buat:

1. Kisar halus semua bahan yang bertanda **.
2. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi.
3. Tumis hingga naik minyak.
4. Kemudian, masukkan gula dan biarkan sebentar.
5. Masukkan garam dan air asam jawa. Kacau sebati.
6. Setelah cukup rasa, masukkan bawang besar yg dihiris bulat dan juga udang.
7. Biarkan seketika hingga mendidih.
8. Padamkan api. Sedia dihidangkan.

Tuesday, 22 January 2013

Siakap Masak Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya buat siakap masak asam pedas ala Melaka untuk makan malam kami. Resepi untuk asam pedas Melaka ni telah diajar oleh seorang kawan semasa saya menetap di London dulu. Alhamdulillah sampai sekarang... memang menu asam pedas ni menjadi kegemaran kami sekeluarga. Memang sedap kalau makan dengan nasi panas2, pastu cicah pula dengan kicap yang diletak perahan limau kasturi. Anda pun boleh cuba sendiri.... saya kongsikan resepi Siakap Masak Asam Pedas Melaka ini di sini ya.



Bahan-bahan:

- Beberapa ketul ikan siakap
- 1 biji bawang besar **
- 5 biji bawang merah kecil **
- 3 ulas bawang putih **
- 5 cm halia **
- 5 tangkai cili kering (potong kecil2 dan direbus dulu) **
- 1 sudu kecil halba
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk kari ikan
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- 1 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- 4 helai daun limau purut
- 4 batang bendi

Cara Buat:

1. Kisar halus semua bahan yang bertanda **.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan semua bahan yang dikisar bersama halba, serbuk jintan manis, dan kari.
4. Tumis bahan-bahan tadi sampai garing atau naik minyak.
5. Masukkan air asam jawa,air, garam secukup rasa, dan bendi.
6. Masak sampai kuah mendidih.
7. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan ikan.
8. Biarkan seketika sehingga ikan masak. (Jangan terlalu lama untuk elak ikan hancur).
9. Padamkan api. Sedia dihidangkan.